Nikki, Audi sepakat untuk berpisah

Entertainment
27 Jun 2022 • 4:25 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

TIADA keserasian biarpun setelah lebih sedekad mendirikan rumah tangga membawa kepada penceraian antara penyanyi, Nikki Palikat dan komposer, Audi Mok.

Menurut Nikki, 37, sepanjang 12 tahun menjadi suami isteri, mereka berdua telah sedaya upaya menyelamatkan perkahwinan yang dibina, namun usaha itu menemui jalan buntu serta membawa tekanan kepadanya.

image is not available

“Selama 10 tahun, saya memendam perasaan dan rasa tidak bahagia. Namun kerana anak saya cuba bertahan, tetapi usaha untuk menyelamatkan perkahwinan itu membuatkan saya rasa tertekan.

“Kami juga sudah berusaha berjumpa dengan kaunselor perkahwinan, tetapi akhirnya kami melihat penceraian itu adalah yang terbaik buat kami berdua,” katanya ketika ditemui di pejabat syarikat rakaman Indigital Music di Damansara Perdana pada Isnin.

image is not available

Tambah Nikki, biarpun tidak lagi bersama, mereka masih mengekalkan hubungan baik demi anak tunggal mereka, Liam Mok, 11 tahun.

“Walaupun saya tidak bahagia sebagai isteri Audi, tetapi sebagai sebuah keluarga, sebagai kawan, saya bahagia dan okay.

“Malah kami tidak ada masalah untuk mengekalkan hubungan baik bersama,” jelasnya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.