'Nikmat yang tak terbeli, umi proud of you' - Shakilla Khoriri syukur anak raih pencapaian cemerlang Bahasa Inggeris dan Matematik

Family & Parenting
21 Jul 2026 • 10:46 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: 'Nikmat yang tak terbeli, umi proud of you' - Shakilla Khoriri syukur anak raih pencapaian cemerlang Bahasa Inggeris dan Matematik

PELAKON Shakila Khoriri berkongsi momen bermakna apabila puteri tunggalnya, Ameena Sofia, 7, meraih anugerah kecemerlangan Matematik dan Bahasa Inggeris.

Menerusi hantaran di Instagram, pelakon Adnan Semp-it itu memuat naik acara si kecil Ameenayang berjaya meraih anugerah Advanced Student Honour Roll (ASHR) daripada Kumon Malaysia baru-baru ini.

"Advanced Student Honour Roll. Also Ameena punya event sebab hampir kebanyakan masa aku diperuntukan untuk Ameena. 

"Berkorban masa untuk suami, keluarga, hobi dan hal-hal lain. Tapi ALLAH bagi kebaikan untuk ‘korban’ itu bila perjalanan Ameena untuk setiap perkara baik dan bagus sekali.

"Nikmat yang tak terbeli sebagai ibu bapa untuk tengok kemajuan, peningkatan dan perjalanan anak-anak dalam dunianya," titip Shakila.

Image from: 'Nikmat yang tak terbeli, umi proud of you' - Shakilla Khoriri syukur anak raih pencapaian cemerlang Bahasa Inggeris dan Matematik

Ameena menduduki ranking ke -1114 daripada 3110 murid untuk Matematik. Manakala bagi program Bahasa Inggeris, si cilik berada di kedudukan 365 daripada 991 murid bagi kategori kindergarten.

Dalam pada itu, pemilik nama Nurul Shakilla binti Mohd Khoriri, 37, turut berterima kasih kepada ahli keluarga yang membantu dalam mendidik puteri tunggalnya.

"Terima kasih Uncle Fariz yang sentiasa ada untuk raikan setiap hari Ameena. Also Nekma dan Aunty Acu yang selalu bantu bila umi sibuk  bekerja, walaupun setiap perjuangan dan tonggang terbalik dalam bantu Ameena dalam hal-hal berkaitan pelajaran. 

"Kadang hilang sabar dalam jadi ‘cikgu’ Ameena tapi ALLAH balas dengan rasa lega dan bangga," titip Shakila.

"Tahniah anak manja Umi. Mimi so proud of you," titipnya.

Sekadar info, Ameena merupakan cahaya maya Shakilla hasil perkongsian hidupnya dengan bekas suami, penyampai radio Fizi Ali.

Selepas berpisah pada tahun 2021, dia kemudian berkahwin kali kedua dengan dengan Fariz Zulkepley pada tahun 2024.

 

 

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved