Nikmati 444GB data hanya RM7 seminggu sepanjang Ramadhan dengan Pas Sahur Celcom & Digi

LocalDigital
19 Mar 2023 • 12:41 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Ramadhan tiba, Marhaban Ya Ramadhan. Pasti sudah terngiang-ngiang alunan merdu tersebut di dalam minda ramai rakyat Malaysia. Bersempena kedatangan Ramadhan, CelcomDigi mengumumkan penawaran Pas Sahur 444GB untuk semua penggunanya.

Seperti namanya, Pas Sahur ini boleh digunakan di waktu sahur sahaja iaitu dari pukul 3 pagi sehingga 7 pagi. Menurut CelcomDigi, pas ini ditawarkan supaya pengguna dapat kekal berhubung dengan insan tersayang melalui panggilan video, strim ceramah agama atau tonton resipi Sahur di media sosial.

image is not available

Menariknya, Pas Sahur menyediakan kuota data berkelajuan tinggi sebanyak 444GB, pada harga RM7 sahaja dan sah selama seminggu. Pas ini ditawarkan selama dua bulan, dari 16 Mac sehingga 15 Mei 2023. Bermakna, boleh guna sampai Hari Raya nanti, bagus juga untuk Puasa 7 Syawal.

Semua pengguna prabayar serta pascabayar Celcom dan Digi layak melanggan pas ini, kecuali pelanggan Pelan Gaming RDY Digi. Pas Sahur ini boleh didapati dengan mudah menerusi aplikasi Digi dan Celcom, di ruangan’ Add-Ons’.

image is not available

Ingat ya, pas sahur ini ada kuota 444GB dan boleh digunakan dari pukul 3 pagi sehingga 7 pagi sahaja. Selain itu, kuota ini tidak boleh dikongsi seecara hotspot. Harganya RM7 dan sah selama 7 hari. Kalau perlu lebih, boleh langgan lagi sehingga 15 Mei 2023.

Untuk maklumat lanjut, layari laman Pas Sahur Celcom dan Digi.

Bacaan Berkaitan

View Original Article