Nikmati Aneka Sajian Ala Thai Menarik Di Restoran Sultan Tomyam Dan Bakar Di Kuching

28 May 2023 • 7:45 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pelbagai menu menyelerakan menanti anda di sini.

Nikmati Aneka Sajian Ala Thai Menarik Di Restoran Sultan Tomyam Dan Bakar Di Kuching, Buat penggemar makanan masakan Thai di luar sana, kami ada berita baik untuk anda. Restoran Sultan Tomyan & Bakar di Jalan Tabuan ini ada menyediakan pelbagai menu masakan Thai yang lazat untuk anda.

Beroperasi dar jam 5 petang hingga 1 pagi, restoran ini amat sesuai untuk anda bawa keluarga dan juga rakan-rakan anda untuk berkongsi menunya yang berbaloi ini.

image is not available
Nikmati Aneka Sajian Ala Thai Menarik Di Restoran Sultan Tomyam Dan Bakar Di Kuching. Kredit foto: FB Sultan Tomyam & Bakar, Kuching

image is not available
Kredit foto: FB Sultan Tomyam & Bakar, Kuching

image is not available
Kredit foto: FB Sultan Tomyam & Bakar, Kuching

Menu menarik yang anda perlu cuba di sini

Antara menu menarik yang anda boleh dapatkan di sini adalah, Tomyam, Ikan Bakar, Kerang Bakar, Sotong Bakar, Ikan Steam, Ikan Tiga Rasa, Itik Salai, Somtam, Pulut Mangga dan banyak lagi.

Selain menu tersebut, di sini juga ada menu istimewa kegemaran seluruh Malaysia iaitu sambal petai! Anda juga boleh minta cara masakan yang anda inginkan bersama sambal petai ini sebagai contoh, Ikan Pari Bakar Sambal Petai.

image is not available
Kredit foto: FB Sultan Tomyam & Bakar, Kuching

image is not available
Kredit foto: FB Sultan Tomyam & Bakar, Kuching

image is not available
Kredit foto: FB Sultan Tomyam & Bakar, Kuching

Harga makanan yang berpatutan

Untuk harganya pula, makanan di sini semuanya berpatutan dan juga berbaloi dengan kesegaran makanan laut yang disediakannya. Terdapat juga set-set makanan yang berbaloi dengan harga RM 29.90 untuk dua orang di sini!

Jadi tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati makanan enak bersama orang tersayang sekarang.

Lagi port makan menarik untuk anda di sini: