Nikmati ‘honeymoon’ dengan suami di pantai, Janna Nick ditemani anjing comel

Entertainment
15 Jun 2023 • 5:24 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Hampir seminggu majlis perkahwinan pelakon, Janna Nick dan pasangannya, Dini Schatzmann yang berlangsung di Langkawi telah menjadi bualan netizen.

Bulan madu dengan suami

Terbaru, Janna telah berkongsi video sewaktu mereka sedang bercuti menikmati bulan madu di Thailand bersama suami tercinta.

Ditemani anjing comel

Namun begitu, perkongsian video tersebut telah mendapat perhatian ramai kerana ada seekor anjing yang turut sama mengikuti mereka dalam melakukan aktiviti di air.

Kebanyakan netizen berasa kurang senang dengan situasi tersebut memandangkan anjing merupakan antara haiwan yang dikategorikan sebagai najis mughallazah.

image is not available

Post mengundang betul ni

Menjengah ke ruangan komen, ada di antara mereka mendakwa yang Janna seakan sengaja mengundang kecaman netizen memandangkan tindakan tersebut dianggap satu perkara yang sensitif terutamanya dalam kalangan masyarakat Melayu Islam.

image is not available

Suka minta kecaman?

image is not available

Kenapa mesti nak sebelah anjing

image is not available

 

image is not available

Anjing tu pun tahu macam mana nak layan manusia

Namun begitu, ada juga yang merasakan apa yang dilakukan pelakon drama Puteri Lindungan Bulan tidak salah kerana sudah tentu dia mengetahui tentang hukum hakam berkaitan haiwan tersebut.

image is not available

Haiwan ni lagi mulia dari mulut puaka acah2 alim

image is not available

 

Banyak pula komen negatif

 

image is not available

Untuk rekod, Janna Nick atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner dan Muhamad Dini Azan Schatzmann telah selamat bergelar suami isteri apabila mendirikan rumah tangga pada 10 Jun 2023 di Langkawi.

Pasangan tersebut telah dinikahkan sendiri oleh bapa Janna dan menerima mas kahwin sebanyak RM2,703.

Sumber: Instagram Janna Nick