Nikmati Kopi Dengan Deko Kafe Estetik Di Blendsmiths Kuching

10 Feb 2024 • 12:37 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pelbagai jenis pastries dan salad juga dihidangkan di sini!

Nikmati Kopi Dengan Deko Kafe Estetik Di Blendsmiths Kuching. Bagi mereka yang menghargai kopi dan juga suasana yang estetik, ada satu kedai kopi di Kuching yang patut anda pertimbangkan untuk pergi!

Terletak di Saradise, Kuching, Blendsmiths menawarkan pelbagai jenis minuman dan makanan ringan serta deko cantik yang memberikan suasana yang selesa!

image is not available

Suasana yang rileks, sesuai untuk mereka yang ingin menikmati minuman mereka dengan tenang

Hiasan dalaman kedai memberikan suasana yang selesa dan sesuai untuk mereka yang ingin menikmati hidangan mereka dalam persekitaran yang tenang.

Selain memberikan persekitaran yang tenang, deko di kafe ini juga sangat sesuai untuk mengambil gambar!

image is not available
Kredit foto: Facebook

Selain daripada deko yang menarik dari segi estetik, terdapat banyak makanan ringan yang dihidangkan seperti croissant, brownies, kek dan juga salad.

image is not available
Kale salad. Kredit foto: Facebook

image is not available
Kredit foto: Facebook

image is not available
Brownies. Kredit foto: Facebook

Salah satu minuman istimewa mereka adalah frappe mereka, yang dianggap sebagai salah satu kopi ais terbaik berdasarkan reviews mereka.

image is not available
Mocha frappe. Kredit foto: FB Nuranizam Yusof

Jika anda tidak menggemari kopi, terdapat juga minuman bukan berasaskan kopi seperti minuman coklat signature mereka, yang dikatakan sangat rich dan creamy pasti akan jatuh cinta dengan minuman ini.

image is not available
Blendsmiths Signature Chocolate Drink. Kredit foto: FB FT Park

Sekiranya anda berminat untuk pergi ke sini, berikut adalah waktu operasi dan lokasi kedai:

Lokasi

Masa

Blendsmiths, Ground Floor, Lot 20, Block A1, Saradise, Jalan Stutong 93350 Kuching

https://www.google.com/maps/embed?pb=!1m14!1m8!1m3!1d15953.760433636844!2d110.3612871!3d1.5060229!3m2!1i1024!2i768!4f13.1!3m3!1m2!1s0x31fba77368b6f6df%3A0xb355ab8423e447c4!2sBlendsmiths!5e0!3m2!1sen!2smy!4v1707495249642!5m2!1sen!2smy

Buka setiap hari, mulai 9AM – 11PM

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan menu mereka, anda boleh layari laman Facebook rasmi Blendsmiths di sini.

Jika anda sedang mencari port sarapan yang best di Kuching, anda boleh lihat di bawah:

https://www.iloveborneo.my/ketumbar-kafe-sarapan-ala-kampung-kuching

https://www.iloveborneo.my/1heart-maze-cafe-di-inanam-anda-harus-kunjungi