Nikmati Menu Enak Dekat Bangunan Unik Penuh Sejarah Di The Round Tower 1886 Restaurant Kuching

10 Mar 2023 • 1:08 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Ada banyak menu menarik di restoran unik ini.

Nikmati Menu Enak Dekat Bangunan Unik Penuh Sejarah Di The Round Tower 1886 Restaurant Kuching. Kalau anda belum tahu lagi, ia adalah menjadi misi kami untuk mencari dan mencuba tempat makan menarik di seluruh Sarawak untuk dikongsikan buat pembaca setia kami.

Kali ini kami ingin menyarankan anda sebuah restoran unik yang terletak di tengah-tengah Bandaraya Kuching.

image is not available
Nikmati Menu Enak Dekat Bangunan Unik Penuh Sejarah Di The Round Tower 1886 Restaurant Kuching. Sumber foto: FB The Round Tower 1886 Cafe & Restaurant

image is not available
Sumber foto: FB The Round Tower 1886 Cafe & Restaurant

Menu yang anda perlu cuba di sini

The Round Tower 1886 Cafe & Restaurant yang terletak di Jalan Tun Abang Haji Openg, ini tidak jauh dari Waterfront Kuching. Restoran unik ini terletak di salah satu bangunan bersejarah yang dahulunya merupakan sebuah muzium.

Selain dari lokasinya yang amat strategik, restoran ini menyediakan pelbagai menu menarik untuk anda antaranya The British Breakfast, Classic Eggs Benedict, Pulled Beef Sliced Avocado With Poached Eggs, Creamy Carbonara, Seafood Aglio Olio, Smoked Duck Pesto, Cheese Baked Oyster, Australian Premium Striploin, Grilled Salmon dan banyak lagi!

image is not available
Sumber foto: FB The Round Tower 1886 Cafe & Restaurant

image is not available
Sumber foto: FB The Round Tower 1886 Cafe & Restaurant

Di sini juga ada pelbagai jenis pencuci mulut menarik

Selain daripada menu hidangan utama, restoran ini juga ada menyediakan pelbagai jenis pencuci mulut menarik seperti Matcha Burnt, Dark Chocolate Cake, Beanut Butter Brownie, French Salt Cheese, Nutella Cake, Carrot Cake dan banyak lagi.

Kalau anda penggenar kopi pula, The Round Tower 1886 Cafe & Restaurant ada menyediakan pelbagai jenis kopi menarik buat anda seperti Sesame Latte, Caramel Latte, Hazelnut Latte, Long Black, Flat White dan banyak lagi.

Suasana kedai makan yang tenang dan selesa, restoran ini jadi port lepak sesuai buat anda di luar sana. Tunggu apa lagi, jom kita makan-makan dan lepak di The Round Tower 1886 Cafe & Restaurant, Kuching ini!

Lagi tempat makan menarik untuk anda di sini: