Nikmati Penjimatan Baucar Sehingga 50% Dengan GrabCoins Sepanjang Jualan Kilat Mei

LocalSales & Promo
15 May 2026 • 1:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apa lagi yang lebih menggembirakan selain diskaun besar-besaran? Masakan tidak kerana diskaunlah yang sentiasa dinantikan dan membuatkan kita lebih berjimat berbanding biasa. Malah tawaran baucar turut menjadi kebiasaan yang memberi nilai tambahan menarik serta sentiasa dinantikan oleh pengguna.

Image from: Nikmati Penjimatan Baucar Sehingga 50% Dengan GrabCoins Sepanjang Jualan Kilat Mei

Grab sekali lagi membuka peluang penjimatan melalui Promosi GrabCoins Flash Sale yang berlangsung dari 15 hingga 21 Mei 2026. Sepanjang tempoh ini, pengguna boleh menebus pelbagai baucar menarik dengan menggunakan GrabCoins. Seterusnya membolehkan mereka menikmati penjimatan sehingga 50% untuk kategori seperti makanan dan minuman, GrabFood, GrabMart, GrabExpress serta perjalanan Grab.

Image from: Nikmati Penjimatan Baucar Sehingga 50% Dengan GrabCoins Sepanjang Jualan Kilat Mei

Bagi kategori makanan dan minuman, baucar diskaun sehingga 50% ditawarkan untuk restoran terpilih dengan tebusan bermula daripada 300 GrabCoins termasuk jenama popular.

Sebagai contoh, baucar RM10 untuk Baskin-Robbins, CARiNG, Dunkin’ Donuts, Guardian, Jaya Grocer, Watsons dan beberapa jenama lain yang sebelum ini memerlukan 1500 GrabCoins kini boleh ditebus dengan hanya 750 GrabCoins.

Secara mudahnya, pengguna sebenarnya sudah jimat hampir separuh daripada jumlah GrabCoins asal. Jika sebelum ini perlu menebus 1500 GrabCoins untuk mendapatkan baucar RM10, hanya 750 GrabCoins diperlukan untuk jumlah yang sama.

Dengan jumlah GrabCoins yang sama, pengguna boleh menebus dua baucar RM10 berbanding satu sebelum ini dan kiraan ini sekadar contoh untuk memberi gambaran jelas. Keadaan ini juga menunjukkan nilai setiap GrabCoin meningkat sepanjang promosi sekali gus menjadikan tebusan lebih berbaloi. 

Image from: Nikmati Penjimatan Baucar Sehingga 50% Dengan GrabCoins Sepanjang Jualan Kilat Mei

Seterusnya baucar RM10 Dine Out dan Grab 5-Star Eats yang biasanya memerlukan 1500 GrabCoins kini boleh ditebus dengan hanya 1200 GrabCoins sekali gus memberikan pilihan tambahan kepada mereka yang gemar mencuba hidangan premium.

Sementara itu bagi pengguna yang ingin menggunakan kemudahan PayLater, baucar RM10 boleh ditebus dengan 900 GrabCoins berbanding jumlah asal 1500 GrabCoins.

Baucar RM20 Zalora yang bernilai 3000 GrabCoins turut tersedia dengan hanya 1500 GrabCoins lalu menjadikannya pilihan yang lebih berbaloi untuk pembelian.

View Original Article