Nikmati Unlimited Sashimi Di Maguro Japanese Ala Carte Buffet Kuching

3 Dec 2023 • 12:20 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Restoran Jepun baharu di Kuching untuk anda terokai

Nikmati Unlimited Sashimi Di Maguro Japanese Ala Carte Buffet Kuching. Buat penggemar makanan Jepun di luar sana, jika anda tak puas asyik makan menu ala carte sahaja, apa kata kali ini anda cuba menu Buffet Japanese unlimited di Maguro Japanese Ala Carte Buffet ini (tiada menghidang pork atau lard).

Menyediakan pelbagai hidangan makanan Jepun yang lazat, anda perlu cuba port baharu di Kuching yang terletak di Galacity ini.

image is not available
Nikmati Unlimited Sashimi Di Maguro Japanese Ala Carte Buffet Kuching. Kredit foto: FB Maguro Japanese Ala Carte Buffet

image is not available
Kredit foto: FB Myra Planada

Boleh makan unlimited sushi, shashimi dan banyak lagi

Antara menu yang anda wajib ambil jika anda ambil set buffet di sini, anda boleh menikmati pelbagai jenis Sashimi segar secara unlimited, Sushi, Ramen, Oyster Cheese, Miso Soup dan banyak lagi menu menarik yang lain.

Selain daripada makanannya yang enak serta berbaloi, Restoran ini juga menawarkan tempat makan yang selesa buat para pelanggan mereka. Terletak di tingkat tujuh bangunan, restoran ini juga menawarkan view bandaraya Kuching yang indah buat anda!

image is not available
Kredit foto: FB Maguro Japanese Ala Carte Buffet

Sesuai untuk keluarga dan rakan-rakan, restoran ini amat sesuai jika anda ingin menyambut hari istimewa anda bersama orang tersayang.

Tunggu apa lagi, cepat bawa orang tersayang untuk menjamu selera di restoran istimewa di Kuching ini!

Maklumat penting

Lokasi: Plot 41, Fl 7, SL 89, Galacity, Jalan Tun Jugah, 93350 Kuching.

Waktu operasi: Isnin-Ahad jam 5.30 petang hingga 10 malam

Untuk tempahan: maguro.sentking.com

Lagi tempat makan menarik untuk anda cuba di sini:

https://www.iloveborneo.my/cafe-baharu-di-kuching-crumbs/

https://www.iloveborneo.my/makan-di-santai-steamboat-grill-kuching/