Nikon secara rasminya melancarkan COOLPIX P1100 iaitu kamera digital kompak dengan kemampuan zum optik 125 kali. Ia direka untuk mereka yang memerlukan kamera dengan lensa super-telefoto untuk mengambil gambar dari jarak yang jauh. COOLPIX P1100 menawarkan julat fokus setara 24–3000mm menjadikannya sesuai untuk pengambilan gambar dalam pelbagai situasi dan persekitaran.

COOLPIX P1100 dilengkapi sensor 16MP 1/2.3″ CMOS dengan kemampuan merakam video 4K30FPS. Sensor juga menyokong julat ISO standard diantara 100-6400. Selain itu mempunyai Dual Detect Optical Vibration Reduction terbina yang sepatutnya bantu mengurangkan gegaran sewaktu pengambilan gambar atau video secara bebas tangan.

Terdapat pelbagai mod fotografi yang boleh dipilih termasuk Moon Mode, Bird Mode, Light Trails dan lain-lain. Kamera juga menyokong format NRW (RAW) Nikon, dan video yang dirakam dalam format 4K UHD turut boleh dijadikan imej pegun. Turut melengkapi kamera adalah panel LCD bukan sesentuh di bahagian belakang dan sebuah viewfinder OLED dengan 921 juta titik titik.

Bateri disertakan boleh berfungsi sehingga 250 tangkapan untuk sekali pengecasan. Lain-lain ciri termasuk port USB USB-C, mikrofon/bicu audio dan HDMI. COOLPIX P1100 akan tersedia pada penghujung Februari dengan harga jualan bermula $1,099.95 (~RM4,859) sebuah.
