Nilai Bakal Jadi Hab Automotif Dengan Pelaburan RM1 Bilion

LocalBusiness & Finance
24 Sep 2025 • 6:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Selain Selangor, Negeri Sembilan juga kini disasarkan untuk muncul sebagai hab automotif melalui projek Auto City. Terletak dalam kawasan pembangunan Nilai Smart City berkeluasan 1,800 ekar, projek bernilai RM1 bilion ini dijangka dapat menarik pelaburan besar serta membawakan transformasi ekonomi.

Majlis pecah tanah yang dianjurkan Nilai Resources Group Sdn Bhd diserikan dengan kehadiran Pengerusinya, Tan Sri Dr Gan Kong Seng dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun. Tan Sri Dr Gan menegaskan Nilai Smart City bakal meletakkan wilayah ini dalam peta pelaburan serantau, menarik minat pelabur tempatan dan antarabangsa.

image is not availableimage is not available

Datuk Seri Aminuddin berkata Auto City akan menjadi pusat automotif moden yang lengkap dengan bilik pameran, kedai alat ganti, pusat servis, kemudahan estetik automotif serta ruang gaya hidup berpaksikan teknologi. Projek ini bukan sahaja 'memikat' jenama automotif global tetapi juga membuka ruang bagi firma tempatan menyertai rantaian bekalan dan ekosistem automotif serantau.

image is not availableimage is not available

Fasa pertama yang bermula September ini dijangka mewujudkan lebih 5,000 peluang pekerjaan meliputi sektor teknikal, perkhidmatan, logistik, pemasaran dan pengurusan. Aminuddin berkata projek berimpak tinggi ini mampu menguatkan ekonomi komuniti, memperkukuh perniagaan kecil serta meletakkan Negeri Sembilan dalam peta pelaburan.

image is not available

Auto City merupakan sebahagian daripada rancangan besar Nilai Smart City yang merangkumi tujuh zon utama, antaranya pendidikan, kesihatan, perumahan, gudang, perindustrian dan pembuatan kenderaan elektrik (EV). Penggunaan teknologi seperti kecerdasan buatan menjadikan projek ini selaras dengan agenda Malaysia Vision Valley untuk pertumbuhan mampan dan bernilai tinggi.

Dengan kedudukan strategik berhampiran KLIA dan Putrajaya serta pembukaan Lebuhraya Nilai-Labu-Enstek pada Julai 2026, Nilai bakal menjadi pintu masuk utama dan pusat pentadbiran yang penting.

SumberL BernamaBiz