Nilai Bitcoin Jatuh Mendadak, Kini Bawah RM400k

TechnologyDigital
25 Feb 2025 • 7:38 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Nilai Bitcoin jatuh mendadak pada hari ini dengan ia menjunam ke tahap terendah $86.138 (~RM380,000) berbanding nilai tertinggi $106,449 (~RM 469,652) yang dicapai pada 16 Disember tahun lalu. Ini adalah nilai terendah sejak 2025 bermula dan menongkah arus trend peningkatan yang berlaku selepas Donald Trump memenangi pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada 6 November lalu.

image is not available

Sebelum ini, ketika Donald Trump menjadi Presiden Amerika Syarikat nilai pelbagai kriptowang meningkat mendadak – selari jangkaan ramai menyasarkan polisi mesra kriptowang oleh Presiden baru Amerika Syarikat tersebut.

Kejatuhan nilai Bitcoin ini dikatakan berkait dengan keadaan makroekonomi, selari pelbagai pasaran termasuk saham yang memperlihatkan penurunan.

Bersama Bitcoin, pelbagai kriptowang lain turut mengalami kejatuhan, termasuk Solana, Ethereum, Cardano dan lain-lain.

View Original Article