
Nilai mata wang kripto Bitcoin merosot bawah $65,000 hari ini dengan ia meneruskan trend penurunan nilai mata wang kripto bermulanya 2026. Semasa artikel ini ditulis, nilai Bitcoin ialah sekitar $64,099 (~RM 253,864) yang bersamaan penurunan hampir 12% dalam tempoh 24 jam. Sebagai perbandingan semalam ia masih lagi bernilai sekitar $76,000 (~RM 298,000).

Kali terakhir nilai Bitcoin di tahap serendah ini ialah pada penghujung Oktober 2024. Nilai Bitcoin merosot selepas ramai pelabur menjual pegangan yang disimpan berikutan kerisauan aset selepas saham syarikat perisian utama dunia merudum disebabkan pembangunan ciri sama dalam pelbagai perkhidmatan ejen AI.
Setelah bermula garang dan menerima lonjakan nilai pada H1 2025, nilai Bitcoin kemudian jatuh semula ke tahap lebih rendah berbanding pada 1 Januari 2025 di penghujung tahun.

