

Selepas Putrajaya tenggelam, Nilai, Negeri Sembilan pula dilanda banjir. Malah, beberapa mangsa nyaris dihanyut deras namun sempat diselamatkan.
Susulan itu, sebuah keluarga yang terperangkap dalam banjir di sebuah rumah di Jalan Besar Nilai, dekat Pekan Lama Nilai, turut diselamatkan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nilai, Bakarya Mohd Salleh berkata, terdapat empat mangsa di dalam rumah berkenaan.
Mangsa terbabit merupakan seorang lelaki dan tiga wanita termasuk seorang warga emas dan seorang kanak-kanak perempuan Orang Kurang Upaya (OKU). Kesemuanya berjaya diselamatkan,” katanya.
Menurutnya, pasukannya turut menyelamatkan sebuah kereta yang dihanyutkan air akibat ditenggelami banjir dalam kejadian di Jalan Taman Semarak 2, Nilai.

Terdapat lima mangsa terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita bersama seorang kanak-kanak yang kemudiannya telah diselamatkan.




