Nilai kerugian akibat banjir di Kelantan lebih RM300 juta

LocalPolitics
18 Dec 2024 • 4:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Mohamed Fadzli

KOTA BHARU - Kerajaan akan membuat penilaian kepada semua mangsa banjir bagi membolehkan agihan bantuan dilakukan mengikut kelayakan yang sepatutnya diterima.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, mungkin bantuan yang diterima tidak sama berikutan kerugian yang dialami mangsa.

Menurut beliau, buat masa ini sudah ada beberapa jumlah bantuan permulaan kepada mangsa banjir yang layak.

"Kita ambil pengalaman pada tahun 2014 dengan meneliti setakat mana kelayakan mereka sebelum bantuan disalurkan," katanya selepas menghadiri Mesyuarat Exco pada Rabu.

Mohamed Fadzli memberitahu, semua wakil rakyat di kawasan banjir sudah menerima sejumlah peruntukan untuk diagihkan kepada mangsa banjir yang terjejas.

Jelas beliau sehingga kini, nilai kerugian akibat banjir di Kelantan melebihi RM300 juta termasuk RM80 membabitkan RM80 juta infrastruktur dan RM30 juta untuk sektor pertanian.

Katanya lagi, kerajaan negeri menjadi pemudah cara dalam urusan baik pulih yang dibantu Kerajaan Persekutuan.

Media sebelum ini melaporkan kerajaan negeri sedang mengumpul maklumat kesemua mangsa yang terkesan akibat banjir.

Kos kemusnahan yang besar memerlukan kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved