Nilai Pi Kini Berjaya Dikira Ke 314 Trilion Titik Perpuluhan

TechnologySpace
16 Mar 2026 • 4:46 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Apakah nikai Pi? Di sekolah kita hanya wajib menghafal 3.142 sebagai nilainya. Tapi untuk kegunaan sains dan perkiraan yang lebih rumit nilai sehingga empat angka ini tidak memadai dan ahli matematik terus menambah jumlah angka nilai Pi setiap tahun. Rekod dunia nilai Pi kini dipegang oleh StorageReview, sebuah syarikat penyelidikan yang mengira nilainya hingga 314 trilion titik perpuluhan.

image is not available

Kejayaan mengira angka yang besar ini sebenarnya dilakukan pada Disember tahun lalu tetapi hanya disahkan sempena Hari Pi pada 14 Mac lalu. Untuk melakukan perkiraan ini, StorageReview menggunakan sebuah mesin pelayar Dell PowerEdge R7725 yang dilengkapi dua cip AMD EPYC, memori sebesar 1.5TB RAM, dan 40 storan SSD NVMe berkapasiti tinggi. Proses mengira mengambil masa 110 hari secara berterusan.

Nilai Pi kali pertama dikira oleh ahli matematik Yunani, Archimedes sekitar 250 tahun sebelum Masihi. Kemudian nilai yang lebih tepat ditemukan ahli matematik India dan Jepun. Walaupun nilai Pi kini sudah dikira sehingga ratusan trilion titik perpuluhan, NASA berkata nilai sehingga 15 titik perpuluhan (3.141592653589793) adalah lebih daripada memadai untuk mengira pergerakan Voyager 1 yang sudah melepasi ruang angkasa najam sejak 2018.

View Original Article