Ning Baizura tepis khabar angin ada pengurus, ‘saya urus diri sendiri, hubungi melalui DM jika…’

Music
21 Sep 2023 • 11:56 AM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Penyanyi tersohor, Ning Baizura memuat naik hantaran video di akaun Instagram beberapa jam lalu untuk menjelaskan khabar angin bahawa dia mempunyai pengurus yang membantu mengendalikan kerjaya seninya.

Tampil ringkas dengan potongan rambut pendek penuh bergaya, penyanyi lagu Awan Yang Terpilu ini menjelaskan dia sama sekali tidak mempunyai pengurus.

“Sebenarnya Ning Baizura tidak mempunyai pengurus. Ning Baizura menguruskan dirinya sendiri. Adakah ia sukar untuk difahami?

“Sebenarnya, ramai bertanya kepada saya, siapa yang perlu dihubungi. Saya tidak pernah ada pengurus. Saya tidak pernah ada pembantu peribadi (PA).

“Saya tidak mempunyai sesiapa kecuali kakitangan yang saya ambil bekerja. Saya tidak mempunyai wakil kecuali diri saya sendiri. Sayalah PA dan sayalah pengurus,” katanya.

image is not available
Penyanyi Ning Baizura menepis khabar angin bahawa dia mempunyai pengurus, sebaliknya memberitahu bahawa dia sendiri yang menguruskan kerjaya seninya. - Gambar Instagram Ning Baizura, 21 September, 2023

Menurut Ning, dia berharap dengan penjelasannya tersebut, semua pihak akan jelas dengan khabar angin itu.

“Saya hanya mahu jelaskan perkara sebenar tentang khabar angin tersebut. Ning Baizura menguruskan dirinya sendiri,” katanya.

Dia juga meminta mana-mana pihak yang mahu mendapatkan khidmatnya agar menghubunginya secara terus melalui DM (direct message) di media sosialnya.

“DM saya secara terus dengan cara apa sekali pun. TikTok ada. IG ada,” katanya. – 21 September, 2023

View Original Article