Ninja Van Akan Mengenakan Surcaj  Berkuat-kuasa 13 April Disebabkan Krisis Bahan Api Global

LocalBusiness & Finance
10 Apr 2026 • 11:36 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Disebabkan oleh konflik dan peperangan Amerika Syarikat di Asia Barat, ia membawa kesan negatif kepada pendudk seluruh dunia. Salah satunya adalah melibatkan harga jualan minyak yang meningkat mendadak sejak Amerika Syarikat menyerang Iran. Ini sekaligus membawa kepada kesan peningkatan harga kepada pelbagai perkhidmatan dan sektor lain.

Terbaru, Ninja Van mengumumkan, berkuat-kuasa 13 April 2026 kelak, mereka akan mengenakan surcaj sebanyak RM1.95 setiap kilogram. Surcaj ini akan dikenakan terhadap setiap penghantaran yang berjaya.

Ninja Van turut mengatakan mereka akan melihat dan menyemak harga surcaj tambahan ini pada setiap minggu, dan memaklumkan pengguna berkaitan dengannya. Sebelum ini, pihak Pos Malaysia turut telah mengatakan akan mengenakan surcaj untuk penghantaran oleh mereka, disebabkan kemelut yang serupa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved