Ninja Van ialah platform penghantaran dan logistik yang cukup terkenal di Malaysia kerana sistem penghantaran mereka yang mudah digunakan dan laju penghantarannya. Terkini, untuk mempercekapkan lagi sistem penghantaran mereka, Ninja Van telah mengemaskini pusat-pusat penghantaran (fulfillment centres) mereka dengan menggunakan teknologi pergudangan daripada Zebra Technologies.
Ninja Van kini hadir dengan perkhidmatan penghantaran barangan untuk kedua-dua pelanggan biasa dan juga perniagaan-ke-perniagaan, sedia berkhidmata untuk 25 juta pelanggan di seluruh Malaysia. Oleh kerana ini, operasi Ninja Van dilihat semakin rumit dan adanya keperluan untuk mengoptimasikan sistem penghantaran mereka supaya tenaga kerja dapat digunakan dengan lebih cekap untuk memastikan penghantaran barangan dilakukan dengan cepat dan selamat.
Untuk menyeragamkan aliran kerja, Ninja Van telah melaksanakan Sistem Pengurusan Gudang (WMS) AC2 WAVE yang menggunakan sistem awanan dengan kerjasama Zebra PartnerConnect dan AC2 WAVE. Untuk memastikan operasi yang lancar di gudang, Ninja Van juga menggunakan komputer mudah alih siri TC2 Zebra yang memberikan pekerja gudang akses mudah alih kepada sistem pengurusan gudang,bersama-sama dengan pencetak desktop siri ZD200 Zebra.

Penyelesaian bersepadu ini menghubungkan bahagian pengambilan barangan sehingga penghantaran akhir. Pekerja menggunakan peranti TC2 untuk panduan masa nyata mengenai lokasi inventori, sekali gus meningkatkan keterlihatan aset. Selepas penerimaan pakej, ia akan dilabelkan di stesen pembungkusan menggunakan pencetak ZD200. Ninja Van kemudian menggunakan kedua-dua pemindahan haba dan teknologi haba langsung pada mesin pencetak ZD200 untuk menyokong kes penggunaan operasi tertentu, serta-merta menghasilkan label tepat yang diperlukan untuk penghalaan bungkusan yang betul.
Gabungan peranti Zebra dan platform sistem pengurusan gudang AC2 WAVE telah mendorong peningkatan ketara dalam kelajuan dan ketepatan operasi. Pengendali di Ninja Van kini mampu memproses 30 hingga 60 imbasan dalam seminit dengan berkesan, menggandakan kelajuan imbasan sebelumnya.
Tambahan kepada itu, kebolehpercayaan pencetak ZD200 membantu memastikan label kekal mudah dibaca sepanjang perjalanan penghantaran, menyumbang kepada pengurangan aduan pelanggan mengenai penghantaran yang terlepas atau tertangguh.

