Nintendo Memfailkan Saman Ke Atas Kerajaan Amerika Disebabkan Tarif

TechnologyBusiness & Finance
8 Mar 2026 • 6:28 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Nintendo kini dilihat telah memfailkan saman ke atas kerajaan Amerika Syarikat, disebabkan oleh pelaksanaan tarif ke atas perniagaan global. Selari dengannya, Nintendo kini berharap sebarang cukai atau tarif yang telah dibayar boleh dipulangkan kembali kepada mereka.

Untuk makluman, sebelum ini mahkamah di Amerika telah mengatakan Presiden Trump telah melangkaui had tugas dan kebenaran dalam pelaksanaan tarif terhadap pelbagai negara dan perniagaan global adalah tidak sah. Ini sekaligus membuatkan tarif tersebut adalah tidak sah dan tidak patut dilaksanakan.

Lanjutan daripadanya, pelbagai syarikat telah mula memfailkan saman untuk meminta kembali pulangan terhadap tarif yang telah dibayar mereka kepada kerajaan Amerika Syarikat. Nintendo merupakan salah satu syarikat yang turut melaksanakan perkara sama, dengan hasrat menerima kembali pelbagai wang tambahan yang telah dibayar mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved