Nintendo hari ini memperkenalkan gajet baharu dibawah mereka, dinamakan Alarmo. Alarmo ini adalah sebuah jam penggera yang boleh diletakkan pada bahagian tepi katil anda, dan ia hadir dengan sejumlah bunyi penggera daripada permainan popular milik Nintendo.
Menariknya adalah ia turut hadir dengan sensor khusus yang boleh memantau pergerakkan anda atas katil, sekaligus memainkan bunyi penggera selari dengannya. Bunyi penggera juga akan berhenti apabila anda bangkit daripada tidur.
Disamping itu, dengan penyertaan sensor tersebut, ia turut boleh memantau corak tidur anda sepanjang malam. Selain itu, Alarmo turut menyertakan sokongan untuk memainkan lagu ketika anda ingin tidur.

Nintendo Alarmo ini disenaraikan pada harga $99.99 untuk pasaran Amerika Syarikat, iaitu sekitar RM420. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada Alarmo akan memasuki pasaran Malaysia secara rasminya atau tidak.

