Nintendo Switch 2 Akan Tiba Di Asia Tenggara Pada 26 Jun Ini – Malaysia Terkecuali

TechnologyDigital
30 May 2025 • 4:13 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Konsol Nintendo Switch 2 akan dilancarkan di Amerika Syarikat dan Jepun pada minggu hadapan, 5 Jun, dan terkini, butiran mengenai kehadirannya di pasaran Asia Tenggara juga nampaknya sudah diketahui.

Untuk negara-negara Singapura, Thailand dan Filipina, Nintendo telah mengesahkan bahawa konsol tersebut akan hadir pada 26 Jun 2025 kelak. Walaupun sebelum ini Nintendo telah mengesahkan bahawa konsol ini akan memasuki pasaran tempatan, nampaknya nama Malaysia telah terlepas daripada pengumuman tersebut.

Menurut laporan Lowyat.Net, perkara ini adalah kerana konsol tersebut nampaknya masih lagi sedang melalui proses pengesahan di SIRIM sebelum ia boleh diperkenalkan dan dijual di pasaran Malaysia. Mungkin ini adalah mengapa di laman web Nintendo Switch 2 untuk Malaysia, tarikh yang diperlihatkan untuk konsol ini masih diletakkan sebagai Julai ke September 2025.

Buat masa ini, tanda harga jualan konsol tersebut untuk pasaran tempatan juga tidak diketahui lagi.