Nio Dedah Firefly, EV Kompak Belum Pernah Nampak Di M'sia Lagi!

LocalCars
23 Dec 2024 • 1:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Nio mendedahkan kenderan elektrik pertamanya, Nio Firefly pada persidangan Nio Day yang diadakan di Guangzhou, China baru-baru ini.

image is not available

Untuk itu pra tempahan juga sudah dibuka di China, dengan harga bermula pada 148,800 yuan (RM 92,000).

Ketua Pegawai Eksekutif Nio, William Li, mengumumkan bahawa kenderaan itu akan aka dilancarkan secara rasmi Pameran Auto Shanghai, pada April 2025 nanti.

Sekilas pandang, reka bentuknya jelas menyerupai hatchback kompak Honda E. Bahagian hadapannya nampak pendek selain menampilkan tiga lampu bulat yang membuatkannya kelihatan futuristik.

image is not available

Selain itu, EV ini turut menawarkan jarak radius pusingan sekecil 4.7 meter, menjadikannya ia sesuai untuk menelusuri laluan di negara-negara Eropah.

Walaupun saiznya kompak, Firefly EV ini menawarkan ruang hadapan seluas 92 liter manakala ruang butnya boleh dibesarkan sehingga 1,250 liter jika kerusi belakang direbahkan.

Difahamkan, ia dijangka menampilkan pek bateri berkapasiti 120 kilowatt-jam (kWj) dengan ketumpatan tenaga melebihi purata 292kWj/kg.

Firefly ini juga dilengkapi dengan sembilan beg udara dan sistem bantuan pemandu lanjutan (ADAS).

image is not available

Bagaimanapun, jentera ini akan menembusi pasaran Eropah dan Asia Tenggara pada akhir tahun depan.