Nipoh Beach Cottage : Resort Terbaru Ala-Bali Di Tepi Pantai Terengganu!

Travel
5 Jan 2023 • 11:47 AM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

image is not available

Selalunya selepas tamat sahaja musim monsun atau tengkujuh di bahagian negeri Pantai Timur yang dijangka pada Mac ini -- kebiasaannya Terengganu pasti 'diserbu' dengan pelancong tempatan dan antarabangsa yang dah lama rindukan suasana pantai serta keindahan pulau-pulau di sana.

Jika anda mempunyai perancangan untuk bercuti ke Terengganu di tahun baru 2023 ini, mungkin anda boleh cuba merasai pengalaman menyeronokkan dengan menginap di sebuah resort terbaru ala-Bali yang ada di Terengganu.

image is not available

Resort berkenaan diberi nama "Nipoh Beach Cottage" yang terletak di Kampung Che Wan, Kijal, Kemaman, Terengganu.

image is not available

Berkonsepkan Bali dan juga sedikit elemen kedesaan, Nipoh Beach Cottage menyediakan 15 bilik buah bilik buat tetamunya.

Harga bilik-bilik mereka untuk kadar satu malam adalah RM200 (hari biasa) serta RM250 (hujung minggu & cuti sekolah) termasuk dengan sarapan percuma bagi 2 orang.

image is not available

image is not available

Kesemua bilik di resort tersebut mempunyai saiz keluasan yang sama serta dilengkapi dengan katil bersaiz queen yang selesa untuk memuatkan 2 dewasa dan 2 kanak-kanak.

Malah, kesemua 15 buah biliknya disusun atur menghadap kolam renang.

2 kolam renang disediakan dengan kedalaman berbeza khas untuk golongan dewasa dan kanak-kanak.

image is not available

image is not available

Sebenarnya, Nipoh Beach Cottage ini terletak bersebelahan sungai yang mana tetamu boleh melakukan aktiviti berkayak, menjala atau memancing.

Malah ia juga berdekatan dengan Pantai Penunjuk Kijal dan tetamu boleh bersantai di pantai bagi menikmati pemandangan indah matahari terbit atau tenggelam di sana. Memang menakjubkan!

image is not available

Bagi kemudahan jika ada tetamu yang ingin membuat aktiviti barbeku, pihak resort turut menyediakan BBQ pit.

Jika anda inginkan sebarang maklumat tambahan anda boleh menghubungi mereka di talian 014-292 4547.

image is not available

image is not availableSumber: Surgaroute