Niranur Upside Down House And Agrofarm, Rumah Terbalik Di Tengah Ladang Kelulut Di Sematan

7 Nov 2023 • 10:05 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Niranur Upside Down House and Agrofarm menanti kunjungan anda

Niranur Upside Down House And Agrofarm, Rumah Terbalik Di Tengah Ladang Kelulut Di Sematan. Pekan Sematan, yang jaraknya sekitar 67.5 km dari Bandaraya Kuching, turut memiliki sebuah destinasi pelancongan yang unik dan memiliki nilai pendidikan.

Niranur Upside Down 3R House adalah sebuah tarikan pelancongan berkonsepkan rumah terbalik yang pastinya menjadi satu lokasi mesti lawat sekiranya anda berkunjung ke Pekan Sematan.

image is not available
Niranur Upside Down House And Agrofarm, Rumah Terbalik Di Tengah Ladang Kelulut Di Sematan

Rumah terbalik dikelilingi sarang lebah kelulut dan haiwan ternakan

Selain rumah terbalik, kawasan Niranur ini juga dikelilingi oleh ladang madu kelulut, yang diberi nama Niranur Agrofarm. Satu idea yang sangat bijak bagi memberi pengalaman nilai tambah untuk pengunjung. Anda bukan sahaja boleh melawat rumah terbalik ini, malah anda boleh pergi melihat ladang madu kelulut mereka, serta melihat pelbagai lagi haiwan ternakan seperti kambing dan arnab. Ladang ini menempatkan 230 sarang kelulut dengan 14 spesis lebah kelulut yang boleh anda lihat dengan jarak dekat. 2 in 1 gitu!

image is not available
Kredit: Hamiah Jamain via FB Niranur Upside Down 3R House

Dibina menggunakan EcoBrick

Niranur diasaskan oleh Mohamad Aluis, seorang jurutera yang mula menceburkan diri dalam industri Madu Kelulut. Rumah terbalik Niranur dibina menggunakan EcoBrick, di mana mereka mengitar semula ribuan, barangkali puluhan ribu botol plastik untuk dijadikan ‘bata’ bagi membina rumah terbalik ini. Botol-botol plastik tersebut diisi dengan batu, pasir dan bahan kitar semula yang lain dan kemudian disatukan menjadi dinding rumah terbalik. Fuh, bukan kaleng kaleng idea dan kepakaran mereka ini.

image is not available

Shot gambar unik ala-ala Spiderman di sini

Jika anda berkunjung ke Sematan, jangan lupa ke Rumah Terbalik Niranur ini kerana ianya pasti merupakan tempat terbaik untuk anda bergambar. Pastinya pelbagai shot shot menarik dapat anda ambil dengan keunikan seni bina dan juga perhiasan menarik di dalam rumah ini. Nak terbaring, nak meniarap, semua pun boleh!

image is not available
Kredit: Siaw Mei via FB Niranur Upside Down 3R House

Dibuka setiap hari

Bagi memudahkan pengunjung yang mempunyai latar belakang masa yang berbeza, tempat ini dibuka setiap hari bermula pada pukul 9 pagi sehingga pukul 5 petang. Maklumat penuh tentang Rumah Terbalik Niranur adalah seperti di bawah:

No 5,Jalan Seacom, Jalan Sg Kilong, Kampung, 94100 Sematan, Sarawak

Buka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang

Warganegara Malaysia

  • Dewasa (sertakan myKad): RM 13 seorang

  • Kanak-kanak 2 hingga 12 tahun & warga emas 60 tahun ke atas : RM 8 seorang

  • Kanak-kanak bawah 2 tahun : PERCUMA

  • OKU dengan kad OKU: PERCUMA

️ Warga asing

  • Dewasa : RM 19

  • Kanak-kanak dan warga emas : RM 13

082-711 207 / 019-889 1241 (Mohamad Aluis Bin Hamri)

Instagram: @niranuragrofarm

TikTok: @niranuragrofarm
✉️ Emel: niranuragrofarm@gmail.com

Jadi, tunggu apa lagi? Rancanglah perjalanan anda ke sini nanti. Lundu Dan Sematan yang terletak di Dun Tanjung Datu ini juga mempunyai pantai-pantai yang menarik untuk anda kunjungi.

Lagi tempat menarik di Sematan:

https://www.iloveborneo.my/santai-bersama-keluarga-nikmati-percutian-unik-dan-indah-di-melano-cottage-sematan/

https://www.iloveborneo.my/santai-bersama-keluarga-nikmati-percutian-tenang-dikelilingi-alam-semulajadi-di-the-mangrove-sematan/

View Original Article