Nismilan Edufund RM25 juta antara tawaran manifesto Bersatu

LocalPolitics
25 Jul 2026 • 4:36 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Nismilan Edufund RM25 juta antara tawaran manifesto Bersatu

SEREMBAN: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berhasrat mewujudkan Nismilan Edufund bernilai RM25 juta untuk tabung akses pendidikan tinggi.

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tawaran itu terkandung dalam tema ‘Jago Pendidikan Nismilan’ iaitu usaha melonjakkan kecemerlangan pendidikan anak-anak di negeri ini.

“Selain itu, menjadikan Kolej Yayasan Negeri Sembilan (KYNS) sebagai institusi TVET bertaraf antarabangsa yang menawarkan pengajian percuma secara bersasar.

“Bersatu juga mahu mewujudkan Dana Prihatin Pendidikan sebanyak RM20 juta serta memperkenalkan inisiatif Jom Poie Sekolah dengan peruntukan RM2 juta setahun untuk memberikan bantuan secara tunai kepada keluarga memerlukan,” katanya sempena pelancaran Tawaran Bersatu Demi Nismilan di Nilai, di sini hari ini.

Muhyiddin berkata, parti itu turut menawarkan inisiatif selamat ke sekolah menerusi bantuan pengangkutan RM50 sebulan kepada 2,000 peajar dan menyediakan RM3,000 geran sokongan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). – UTUSAN

The post Nismilan Edufund RM25 juta antara tawaran manifesto Bersatu appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved