Nissan Almera 2026 Bakal Dilancar Tahun Ini

LocalCars
28 Mar 2025 • 1:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Selain Leaf EV generasi ketiga yang kini beralih dari bentuk hatchback kompak kepada SUV crossover sporty, Nissan turut mengumumkan ketibaan beberapa model baharunya dalam "pelan pemulihan" mereka, baru-baru ini.

Salah satu model yang mencuri perhatian ialah sedan misteri yang dipaparkan dalam gambar teaser.

Berdasarkan imej ini, sedan tersebut dijangka akan menjadi pengganti kepada Nissan Almera ketika ini dan kehadirannya memang dinantikan ramai.

image is not available

Buat masa ini, Nissan tidak mengesahkan bahawa sedan yang dipaparkan dalam gambar teaser itu ialah Almera.

Sebaliknya, ia dirujuk sebagai “Versa terbaru”, yang dijadualkan akan didedahkan di pasaran Amerika Latin pada April 2025 atau Mac 2026.

Untuk makluman, model Almera semasa (N18) sebenarnya dijual sebagai Versa di pasaran tersebut.

Namun, penggunaan frasa "latest Versa" memberi bayangan bahawa model N18 Almera tidak akan digantikan sepenuhnya dengan generasi baharu.

image is not availableimage is not available

Sebaliknya, Nissan berkemungkinan besar akan menawarkan model ini dalam bentuk facelift .

Melihat luarannya, ia hadir dengan garisan C-pillar dimana model yang ditunjukkan dalam teaser ini nampaknya sangat mirip dengan model N18 Almera yang sedia ada.

image is not available

Ini menunjukkan bahawa model baharu ini hanyalah facelift, bukannya generasi serba baharu.

Selain itu, model versi facelift sebenarnya dapat menjimatkan kos berbanding membangunkan model baharu.

Tindakan ini dilihat berasas memandangkan Nissan kini menghadapi cabaran kewangan susulan jualan yang merudum selain gagal mencapai rundingan penggabungan dengan Honda.

Oleh itu, strategi Nissan kini lebih tertumpu kepada penyelesaian yang menjimatkan kos bagi mengekalkan daya saing produknya.

Beberapa bayangan menunjukkan model terbabit akan hadir dengan corak baharu LED lampu nyalaan siang hari serta kemungkinan besar akan dipadankan dengan reka bentuk muka depan yang baharu selain rim aloi multi-spoke serba baharu.

image is not availableimage is not available

Malah, kami juga menjangkan ia akan menampilkan reka bentuk bahagian belakang serba baharu termasuk bahagian kabinnya.

Setakat ini, tiada butiran rasmi mengenai rangkaian kuasa untuk model yang diperkenalkan, namun ia dijangka bergantung kepada pasaran masing-masing.

image is not available

Bagi pasaran Asia, ada kemungkinan besar, Nissan akan mengekalkan enjin 1.0-liter 3-silinder turbo bersama transmisi CVT seperti yang terdapat pada model N18-gen Almera sekarang.