Nissan Hasilkan Cat Yang Mengurangkan Suhu Kereta Sehingga 12 °C

TechnologyDigitalCars
9 Aug 2024 • 2:45 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Malaysia negara yang panas dan ia akan menjadi semakin panas disebabkan oleh perubahan iklim. Antara isu yang kami yakin pernah pembaca alami ialah kabin dan tubuh kereta yang panas apabila diletakkan di bawah cahaya matahari di tempat parkir. Nissan kini telah berjaya membangunkan cat baharu yang menurut mereka boleh mengurangkan suhu kereta sehingga 12 °C.

Cat mengandungi dua partikel dengan satu memantulkan gelombang sinar inframerah-dekat dan satu lagi menghasilkan gelombang elektromagnet. Kombinasi kedua-dua partikel ini akan memantulkan lebih banyak tenaga matahari daripada permukaan kereta sekaligus mengurangkan suhu permukaan.

image is not available

Ujian telah dilakukan sejak November tahun lalu pada kenderaan Nissan NV100 yang digunakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda. Permukaan tubuh kereta didapati 12 °C lebih rendah manakala suhu di alam kabin pula 5 °C lebih rendah berbanding kereta dengan cat konvensional.

Walau bagaimanapun cat ini masih belum sedia digunakan pada kenderaan yang dijual oleh Nissan. Isu pertama ialah ia lebih tebal – sekitar 400 mikron berbanding cat biasa yang hanya setebal 20 mikron. Ini akan meningkat kos pengeluaran dan berat kenderaan. Lebih banyak kajian akan dilakukan Nissan untuk menjadikannya lebih nipis.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved