Nissan Leaf 2023: 5 perkara anda perlu tahu tentangnya

Cars
9 Mar 2023 • 11:31 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Edatan Tan Chong Motor (ETCM) telah mengumumkan kemasukan Nissan Leaf (2023) ke Malaysia. Ini adalah 5 benda yang perlu anda tahu tentangnya.

1. Sistem pemacu sama seperti generasi lalu

Nissan Leaf (2023) mengguna pakai sistem bateri dan motor elektrik sama seperti model 2019 yang telahpun ada dalam pasaran Malaysia terlebih dahulu. Tayar depannya dipacu motor elektrik berkuasa 110kW (148hp) yang merembeskan daya kilas setinggi 320Nm.

image is not available

Bateri yang membekalkan tenaga kepada kenderaan ini berkapasiti 40kWh dan dikatakan ia boleh membawa Nissan Leaf (2023) sejauh 311km mengikut perkiraan NEDC.

2. Kini didatangkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto

Antara naik taraf besar yang berlaku adalah pada bahagian kabin. Nissan Leaf (2023) kini dilengkapi sistem inforia 8" yang menyokong Apple CarPlay dan Android Auto secara berkabel.

image is not available

Yang menarik tentang EV ini adalah papan pemukanya sarat dengan butang fizikal, sesuai untuk pengguna yang berhijrah daripada kereta petrol ke EV kerana tidak akan terkejut sangat dengan perubahan.

image is not available

3. Cermin pandang belakang digital

Salah satu ciri untuk Nissan Leaf (2023) adalah cermin pandang belakang digital. Ia boleh dihidup ataupun dimatikan menggunakan suis fizikal. Sekiranya pandangan dihalang oleh penumpang belakang, cermin digital sangat memudahkan.

image is not available

Dalam keadaan biasa, ciri ini boleh dimatikan dan pemandu boleh gunakan cermin seperti biasa.

4. Masih guna kepala CHAdeMO yang semakin ditinggalkan

Walaupun CHAdeMO adalah pawaian kepada pengecas pertama dunia, ia semakin dipinggirkan oleh piawaian yang lebih baharu. Malahan, Nissan sendiri sudah tinggalkan kepala ChAdeMO pada SUV Ariya yang mereka umumkan dalam tahun 2021.

image is not available

Kepala pengecas yang lebih mainstream adalah seperti CCS2. Masalah yang bakal dihadapi pengguna Nissan Leaf (2023) di Malaysia adalah mencari pengecas berkepala CHAdeMO ataupun mereka terpaksa beli penyesuai CHAdeMO kepada CCS.

5. Harga pelancaran lebih rendah

Nissan Leaf (2023) ditawarkan dalam pasaran Malaysia pada harga RM169 ribu selepas ditolak segala macam insentif kerajaan. Sebagai perbandingan, Nissan Leaf dalam tahun 2019 dulu adalah antara EV pertama yang boleh didapati dalam Malaysia secara rasmi. Tak hairanlah harga pelancarannya menjangkau sehingga RM189 ribu.

image is not available

Mereka perlu merasionalkan harga kerana tahun ini ada beberapa pesiang EV bawah RM200 ribu yang ada antaranya tawarkan spesifikasi lebih baik. Antaranya adalah:

  • Ora Good Cat – bermula RM140 ribu
  • BYD Atto 3 – bermula RM150 ribu
  • Hyundai Kona Electric – bermula RM157 ribu