Nissan Navara Bukan Sekadar Model Rebadge Triton

LocalCars
13 Feb 2025 • 6:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Walaupun gabungan dengan saingan Honda telah ditangguhkan namun pengeluar kereta Jepun Nissan masih mempunyai hubungan dengan Mitsubishi Motors memandangkan Nissan memegang 24% saham dalam Mitsubishi Motors.

Malah, kedua-dua syarikat itu telah pun merancang untuk membangunkan trak pikap Nissan Navara dan Mitsubishi Triton generasi akan datang sebelum ini.

image is not availableimage is not available

Selain itu, Nissan ada berjanji bahawa pembangunan trak pikap Mitsubishi akan membawa banyak perubahan.

Bercakap kepada Drive.com.au, Pengarah Urusan Nissan Oceania, Andrew Humberstone mengesahkan Navara generasi baharu bukannya model rebadge semata-mata.

"Kami memastikan bahawa ia adalah lebih kepada gaya Nissan. Jadi kami akan membuat beberapa perubahan untuk memastikan perkara itu berlaku," katanya.

Menurutnya, Mitsubishi adalah 'pemimpin' projek tersebut manakala Nissan hanyalah menyokong projek itu.

Tambah Humberstone, Nissan percaya mereka w mempunyai manfaat dalam teknologi yang boleh disumbangkan untuk Triton.

image is not available

“Dari segi kemajuan teknologi, ruang utiliti, sememangnya kami mempunyai sesuatu yang ingin di bawa ke pasaran.

“Walaupun kami rakan kongsi namun kami akan membuat banyak perubahan pada produk untuk memastikan ia selaras dengan jangkaan Nissan,”ujarnya.