Nissan Pertimbang Foxconn Selepas Tolak Tawaran Honda

LocalTechnology
10 Feb 2025 • 2:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Nissan kini terbuka untuk bekerjasama dengan rakan kongsi baharu selepas rundingan penggabungan dengan Honda tidak membuahkan hasil. Sebelum ini, dunia automotif digemparkan dengan kemungkinan pembentukan kerjasama Nissan dan Honda yang akan mewujudkan pengeluar kenderaan ketiga terbesar di dunia.

Bagaimanapun, Nissan menamatkan rundingan selepas menolak cadangan Honda untuk menjadikannya sebagai anak syarikat.

Foxconn Muncul Sebagai Pilihan

image is not available

Selepas mengundur diri daripada perbincangan dengan Honda, Nissan kini mempertimbangkan kerjasama dengan syarikat lain termasuk Foxconn, syarikat teknologi gergasi dari Taiwan yang terkenal sebagai pengeluar komponen terbesar iPhone Apple.

image is not available

Konsep EV Foxtron Model B daripada Foxconn

Foxconn sebelum ini pernah mendekati Nissan untuk cadangan kerjasama dalam pengeluaran kenderaan elektrik (EV), namun ditolak kerana Nissan ketika itu lebih memberi tumpuan kepada perbincangan dengan Honda. Kini, dengan Nissan mencari rakan kongsi baharu, Foxconn dilihat sebagai antara pilihan yang berpotensi.

Sumber: Reuters