Nissan Serena e-Power C28 2028 Dah Tiba, Ada 5 Varian, Harga Bermula Dari RM155,000

LocalCars
3 Mar 2026 • 11:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) akhirnya melancarkan secara rasminya Nissan Serena e-Power generasi ke-enam (C28) 2026 ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

Nissan Serena e-Power C28 ini hadir dalam lima varian iaitu Highway Star RM169,800, Premium Highway Star RM 174,800 dan Shiro Premium Highway Star RM179,800, varian X RM154,800 dan X Plus RM159,800.

image is not available

Highway Star RM169,800Premium Highway Star RM174,800Shiro Premium Highway Star RM179,800Varian X RM154,800Varian X Plus RM159,800

image is not available

Nissan Serena e-Power ini didatangkan dengan jaminan kenderaan 5 tahun/100,000 km manakala jaminan komponen e-Power 8 tahun/160,000km yang terdiri daripada bateri voltan tinggi, motor elektrik , inverter dan unit kawalan e-Power.

Untuk meraikan pelancaran model baharu, pelanggan awal akan menikmati rebat pengenalan RM5,000 serta pakej aksesori percuma bernilai RM8,000.