Nizam saran lebih banyak pasukan Bomba Komuniti ditubuh di kawasan berisiko tinggi

LocalPolitics
13 Jan 2025 • 12:12 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Bomba Komuniti perlu ditubuhkan di lebih banyak kawasan penempatan yang dilihat berisiko tinggi, khususnya atas air dan mempunyai penduduk padat, kata Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Menurutnya, Bomba Komuniti dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berperanan penting memberikan bantuan awal ketika berlaku musibah seperti kebakaran bagi mengelak kemusnahan lebih besar berlaku.

Advertisement“Selaku pemimpin, saya menyokong usaha penubuhan lebih banyak Bomba Komuniti dan PBS di daerah ini… Bomba Komuniti Titingan, misalnya boleh dicontohi oleh penempatan atas air yang lain kerana mereka sangat berjaya dan aktif membantu ketika musibah,”katanya.

Beliau yang juga Adun Apas berkata demikian ketika melawat lokasi kebakaran yang memusnahkan sekurang-kurangnya 60 rumah atas air dan sebuah masjid di Kg Sri Aman, Batu 3 Jalan Apas, pada Ahad.