‘No Anwar, No DAP, Nak Pecat Saya Silakan’ – Tegas Hishamuddin

Politics
21 Nov 2022 • 11:33 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Bendahari Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan pendiriannya untuk tidak bekerjasama bersama Pakatan Harapan.

“Seperti saya tegaskan kelmarin dan sebelum ini lagi – tetap menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan. Saya rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini.

“No Anwar, No DAP – pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan,” katanya menerusi laman Facebook sebentar tadi.

Hishammuddin mengeluarkan kenyataan sedemikian hanya beberapa minit selepas sidang media kepimpinan BN yang diketuai presidennya, Ahmad Zahid Hamidi berlangsung di Pasific Hotel, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Buat masa ini desas-desus mengenai gabungan BN bersama PH masih lagi berlegar dan terus mencetus tanda tanya ramai.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Facebook Hishammuddin Tun Hussein