No Plat Madani: Kuasa Daftar Nombor Plat Terletak Bawah Akta Pengangkutan Jalan

LocalPolitics
7 Nov 2024 • 3:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

"Kalau dia nak saman, cubalah nasib"!

Itu kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke selepas seorang ahli perniagaan mengemukakan surat tuntutan kepada kerajaan supaya membayar ganti rugi RM1.3 juta berkaitan Program Nombor Plat Khas Kenderaan Bersiri 'Madani'.

Difahamkan, kuasa untuk mendaftarkan sebarang nombor pendaftaran kenderaan terletak di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kuasa itu terletak di bawah Menteri Pengangkutan.

"Jadi apa-apa kelulusan berkenaan nombor pendaftaran istimewa mestilah melalui Menteri Pengangkutan. Tak ada soal bahawa mana-mana pihak boleh hak cipta intelek terhadap apa-apa nombor pendaftaran istimewa itu.

image is not available

"Lagipun kita sudah periksa dengan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), apa yang hak cipta itu ialah kertas kerja itu saja, bukannya nombor plat.

Terdahulu, seorang ahli perniagaan mengemukakan surat tuntutan kepada kerajaan supaya membayar ganti rugi RM1.3 juta berhubung dakwaan penyalahgunaan dan pelanggaran harta intelek bagi Program Nombor Plat Khas Kenderaan Bersiri 'Madani 1 sehingga Madani 9999.