Noh Omar Sah Sertai Bersatu

Politics
4 Jul 2024 • 11:10 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Noh Omar Sah Sertai Bersatu

SHAH ALAM, 4 Julai (Bernama) — Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Tan Sri Noh Omar, 66, hari ini mengesahkan penyertaan beliau sebagai ahli Parti Bersatu.

Bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang itu berkata permohonan menyertai parti itu dibuat secara dalam talian semalam tanpa diketahui sesiapa dan telah diluluskan serta-merta.

“Saya pilih Bersatu untuk terus berjuang dalam politik dan marilah kita menaiki kapal baharu demi agama, bangsa dan negara,” katanya menerusi video yang dikongsikan kepada media.

Sebelum ini, Noh dipecat daripada UMNO disebabkan pelanggaran disiplin parti semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Sumber: BERNAMA

The post Noh Omar Sah Sertai Bersatu appeared first on Siakap Keli.