Noh Salleh bakal tampil dengan sentuhan orkestra dalam konsert Cadenza of the Soul

EntertainmentMusic
31 Jul 2026 • 12:40 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Cadenza of the Soul

PETALING JAYA: Penyanyi, komposer dan penulis lagu, Noh Salleh bakal tampil dengan susunan muzik berbeza menerusi konsert Cadenza of the Soul: Noh Salleh with Aubrey Suwito Orchestra yang akan berlangsung di Idea Live Arena, Kuala Lumpur pada 8 November ini.

Antara lagu yang dijangka dipersembahkan ialah Angin Kencang, Rahsia Tuhan, Bunga di Telinga dan Sang Penikam, yang diberi nafas baharu menerusi iringan orkestra.

Menurut kenyataan, konsert itu merupakan persembahan solo kedua Noh dalam format orkestra selepas kejayaan penganjuran terdahulu.

Menurut kenyataan, penganjur bersama Altus Prohouse dan CK Star Entertainment mengatakan konsert Cadenza of the Soul: Noh Salleh with Aubrey Suwito Orchestra menjadi konsert kedua buat vokalis itu dalam format orkestra secara solo.

Image from: Noh Salleh bakal tampil dengan sentuhan orkestra dalam konsert Cadenza of the Soul

Katanya, judul Cadenza of the Soul dipilih bagi menggambarkan gabungan ekspresi seni dan emosi menerusi kolaborasi antara Noh dan Aubrey Suwito.

“Kolaborasi ini dijangka menghasilkan sebuah persembahan yang bukan sahaja mengangkat nilai artistik karya-karya Noh Salleh, malah menawarkan pengalaman konsert yang berbeza daripada persembahan beliau sebelum ini.

“Susunan orkestra itu dijangka memberi dimensi baharu kepada lagu-lagu Noh tanpa menghilangkan identiti asal karya berkenaan,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, kolaborasi dua figura yang mempunyai identiti muzik tersendiri ini dijangka memberikan dimensi baharu kepada karya-karya yang telah lama menjadi sebahagian daripada perjalanan hidup para pendengar.

kolaborasi ini dijangka menghasilkan sebuah persembahan yang bukan sahaja mengangkat nilai artistik karya-karya Noh Salleh, tetapi menawarkan pengalaman konsert yang berbeza daripada persembahan-persembahan beliau sebelum ini,” katanya.

Tiket konsert ditawarkan pada harga antara RM188 hingga RM788, manakala pemegang tiket VVIP turut berpeluang menyertai sesi Meet & Greet bersama Noh.

Jualan tiket akan dibuka mulai 5 Ogos ini, pukul 12 tengah hari menerusi Ticket2U dan Fantopia.

The post Noh Salleh bakal tampil dengan sentuhan orkestra dalam konsert Cadenza of the Soul appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved