Noh Salleh Sah Bertunang, Gadis Pilihan Hati Merupakan Seorang Peguam

7 May 2023 • 4:59 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Pasangan tersebut dikatakan akan bernikah pada 23 September tahun ini.

Noh Salleh Sah Bertunang, Gadis Pilihan Hati Merupakan Seorang Peguam. Dilaporkan, vokalis Hujan, Noh Salleh bakal mengakhiri status dudanya apabila dia mengikat pertunangan dengan seorang peguam pada petang semalam.

Majlis pertunangan yang diadakan di kediaman keluarga wanita pilihan Noh di Putra Heights Subang Jaya tersebut difahamkan turut menetapkan tarikh pernikahan iaitu pada 23 September ini.

image is not available
Noh Salleh Sah Bertunang, Gadis Pilihan Hati Merupakan Seorang Peguam.

Ahli keluarga Noh dari Kuching turut menghadiri majlis pertunangan

Sumber terdekat yang juga merupakan kenalan ibu bapa bakal isterinya itu menyatakan ahli keluarga terdekat Noh datang dari Kuching, Sarawak membawa bersama dulang hantaran.

Gadis pilihan Noh, Fatin Athira Mustapa merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor.

image is not available
Sumber foto: Berita Harian

Mempunyai minat yang sama

Fatin, yang berusia 30 tahun itu dikatakan mempunyai minat terhadap muzik, sama dengan Noh, selain berkebolehan bermain gitar dan menyanyi.

Pada majlis pertunangan, Fatin memilih persalinan rona hitam, manakala Noh atau nama sebenarnya Mohammad Noh Salleh turut mengenakan baju Melayu warna senada.

Lagi cerita menarik dan terkini buat anda di sini: