Nokia 5710 XpressAudio 4G, ada fon putik TWS tersimpan di dalam badan

Digital
10 Jan 2023 • 6:56 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Susah nak bawa telefon dan fon putik TWS serentak? Apa kata dapatkan fon putik yang boleh disimpan dan dicas di dalam telefon, iaitu telefon Nokia 5710 XpressAudio 4G. Ia kini ada dijual di Malaysia dan menyokong rangkaian 4G serta ada fon putik di dalamnya.

image is not available

Telefon Nokia yang canggih dan unik ini telah dijual di Malaysia, pada harga RM339 sahaja dan ia terdapat di Stor Rasmi Nokia di Shopee. Dari laman tersebut, hanya terdapat warna hitam disenaraikan.

image is not available

Nokia 5710 XpressAudio 4G memiliki skrin LCD QVGA seluas 2.4-inci, dan dikuasakan cip Unisoc T107 serta sistem operasi Series S30+. Ia memiliki butang kekunci nombor fizikal, ditambah butang khas mengawal lagu. Di samping mampu memainkan lagu MP3, ia juga menyokong radio FM yang boleh dinikmati menerusi fon putik atau pembesar suara.

image is not available

Kamera juga terdapat di telefon ini, dengan sensor 0.3MP VGA di belakang. Tiada kamera hadapan. Untuk ruang storan, ia turut menyediakan slot kad mikroSD dan menerima sehingga 32GB storan tambahan.

image is not available

Sambungan wayarles disokong menerusi Bluetooth v5.0 dan Nokia menyatakan fon putiknya turut serasi digunakan bersama peranti lain. Tenaga bateri di dalamnya dimuatkan di dalam kapasiti 1,450mAh dan ia mengecas melalui sambungan mikroUSB.

[Sumber: SoyaCincau]