Nokia C02 Dilancarkan Dengan Android 12 (Go edition), Bateri Yang Boleh Ditanggalkan

TechnologyDigital
24 Feb 2023 • 3:43 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Nokia sekali lagi hadir dengan peranti kelas asas baharu menerusi Nokia C02. Ia merupakan sebuah peranti Android 12 (Go edition) dengan bateri yang boleh ditanggalkan. Ini dipadankan pula dengan skrin 5.45-inci FWVGA+ (480 x 854 piksel) dengan nisbah aspek 18:9.

image is not available

Turut disertakan adalah cip pemproses empat teras yang tidak dinyatakan secara khusus sebagai tunjang utama. Seterusnya digabungkan pula dengan memori 2GB RAM, storan dalaman 32GB terbina dan sokongan kad mikroSD mencapai 256GB.

Selanjutnya kamera utama 5MP dan swafoto 2MP dimuatkan pada peranti, kemudiannya turut melepasi penarafan kalias air IP52 sebagai pelindungan tambahan. Lain-lain spesifikasi termasuklah bicu audio 3.5mm, bluetooth 5.2 dan bateri 3000mAh yang boleh dicas menerusi port mikroUSB.

image is not available

Nokia turut mendakwa sistem imbasa wajahnya turut berfungsi dengan baik meskipun digunakan bersama topeng muka. Bukan itu sahaja, kemaskini sekuriti selama dua tahun turut disediakan. Tiada maklumat mengenai harga yang diketahui setakat ini.