Nombor Plat "ANU" Laku Keras, Ramai Bida Nombor "ANU"

LocalCars
2 Jan 2025 • 10:00 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak mengutip hasil sebanyak RM2.36 juta bagi nombor pendaftaran kenderaan siri 'ANU' sepanjang lima hari dibuka untuk bidaan.

Pengarahnya Mohammad Yusoff Abustan berkata bidaan dibuka melalui sistem JPJeBID bermula 19 hingga 23 Dis lepas menerusi notis awam yang dikeluarkan.

"Sepanjang tempoh lima hari itu juga merekodkan lebih 1,768 pembida daripada 1.99 juta pembida berdaftar seluruh negara. Harga bidaan tertinggi ialah RM269,000 untuk 'ANU 1'," katanya .