“Nombor Plat QPA1 Tak Guna Atas Jalan” – Nafi Dipanggil JPJ, Opai Bosan Netizen Selalu Guna Namanya Untuk FYP

19 Jun 2023 • 12:51 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai usahawan muda, Aliff Awang atau mesra dikenali sebagai Opai menggunakan kenderaan mewah McLaren bukan nombor plat sebenar.

Tampil memberi penjelasan, Opai berkata nombor pendaftaran kenderaan tersebut dibuat sempena perkahwinannya bersama pelakon popular, Fatin Afeefa.

Melalui Instagram Storynya, dia berkata kenderaan nombor plat QPA1 juga tidak digunakan di atas jalan raya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aliff Awang (@diariseorangtrader)

Bukan itu saja, Opai turut memberitahu bahawa dirinya tidak menerima sebarang pangggilan ataupun surat daripada pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Orang pakai nama saya pun sebab senang nak masuk FYP (For Your Page) sebab memang kita bagus

Dalam pada masa yang sama, dengan nada sinis, usahawan tersebut mendakwa ada pihak yang sengaja gunakannya untuk menaikkan nama.

image is not available 2 minggu lalu

"Tiada Niat Nak Jatuhkan Sesiapa" - Anggap Kereta Biasa Sebagai 'Najis', Opai Tampil Mohon Maaf