Nombor telefon ugut isteri Rafizi didaftar atas nama warga asing

LocalPolitics
22 Aug 2025 • 1:12 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Nombor telefon yang digunakan bagi menghantar mesej ugutan kepada isteri bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, didaftarkan atas nama warga asing, kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.

“Kita sedang mengesan individu terbabit," katanya pada sidang media di Bukit Aman di sini, hari ini.

Serangan terhadap anak lelaki Rafizi itu berlaku pada 12 Ogos lalu di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya.

Menurut Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan, seorang lelaki mengheret anaknya yang berusia 12 tahun itu dan kemudian mencucuknya dengan jarum suntikan secara tiba-tiba ketika mahu memasuki kereta untuk meninggalkan pusat beli-belah itu pada 1.45 tengah hari.

Rafizi mendakwa serangan terhadap anaknya dipercayai ada kaitan dengan ‘siasatan’ yang sedang dijalankannya berhubung satu skandal dan isterinya juga telah menerima ugutan melalui telefon selepas insiden itu.

Dalam pada itu, Mohd Khalid memberitahu, setakat ini polis telah merakam keterangan daripada 19 individu berhubung siasatan kes berkenaan.

Beliau memberitahu, keterangan diambil daripada ahli keluarga serta beberapa individu lain.

“Sehingga kini, sebanyak 19 keterangan telah dirakam, termasuk daripada ahli keluarga, pemandu, pekerja dan individu berkaitan lain,” katanya. - 22 Ogos, 2025