[NON-HALAL] Toowak Cafe Kuching, Nikmati Pelbagai Jenis Makanan Berpanggang Di Sini

18 Aug 2022 • 3:32 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Selain daging panggang, terdapat juga makanan lain di sini

[NON-HALAL] Toowak Cafe Kuching, Nikmati Pelbagai Jenis Makanan Berpanggang Di Sini. Bagi mereka yang ingin mencari smokehouse baru di Kuching, anda boleh cuba Toowak Cafe yang terletak di Taman Genesis!

image is not available
[NON-HALAL] Toowak Cafe Kuching, Nikmati Pelbagai Jenis Makanan Berpanggang Di Sini

Nikmati live band pada hujung minggu

Antara makanan yang ditawarkan adalah makanan dayak seperti sup babi tempoyak, sup terung asam, pansuh ayam dan sebagainya.

Selain makanan dayak, terdapat juga menu lain yang ditawarkan seperti seafood panggang, lok-lok, satay, burger dan juga babi panggang. Sedappp!

image is not available
Kredit foto: FB Sam Dillah

image is not available
Kredit foto: FB Sam Dillah

image is not available
Kredit foto: FB Sam Dillah

Oleh kerana kafe ini berkonsep smokehouse, semestinya terdapat juga hidangan bir! Setakat ini, semua minuman bir dihidangkan dalam botol dan tin.

Anda juga boleh menikmati minuman dan makanan anda sambil mendengar live band akustik pada hujung minggu – jadi jika anda sedang mencari port untuk mendengar live band, anda boleh mempertimbangkan untuk datang ke sini!

image is not available
Kredit foto: FB Sam Dillah

image is not available
Kredit foto: FB Tam Hong Nam

Berminat untuk pergi ke sini? Berikut adalah masa operasi dan lokasi mereka!

Lokasi: Taman Genesis, 93250 Kuching, Sarawak
Masa operasi: 5PM – 12AM

Lagi di sini: