Nongshim lancar 2 perisa baharu, perkenal Wany Hasrita & Khai Bahar sebagai duta

LocalFood
2 Sep 2024 • 7:17 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

NONGSHIM, jenama terkemuka mi segera nombor satu Korea, Shin Ramyun, melancarkan dua perisa baharu iaitu Nongshim Shin Ramyun Sup Ayam Pedas dan Nongshim Shin Ramyun Goreng Keju.

image is not available

Perisa Nongshim Shin Ramyun Sup Ayam Pedas mempunyai rasa dan rempah yang dipertingkatkan, perisa yang sesuai dengan ayam. Ia juga memberikan rasa pedas yang akan menghidupkan selera pedas anda dengan kejutan berapi.

Sementara itu, gabungan keju dan kepedasan yang menyelerakan dengan Nongshim Shin Ramyun Goreng Keju membolehkan peminat mi segera itu menikmati rasa yang meletup.

image is not available

Pada majlis pelancaran tersebut, Nongshim turut memperkenalkan duta terbaharunya iaitu penyanyi Wany Hasrita dan Khai Bahar.

Kedua-dua duta berkenaan tampil dengan persembahan hebat menerusi lagu single baharu mereka Makan Cintaku. Lagu tersebut ditulis, digubah dan diatur oleh pemain biola elektrik, pemain piano, penulis lagu, dan penerbit terkenal, Dennis Lau. Sementara liriknya pula disumbangkan oleh Brendon Tan.

image is not available