Nongshim mahu keluar zon selesa promosikan jenama produk

LocalBusiness & Finance
6 Aug 2026 • 5:52 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Nongshim mahu keluar zon selesa promosikan jenama produk

PETALING JAYA – GBA Corporation Sdn Bhd, pengedar eksklusif produk makanan Nongshim di negara ini, tidak mahu berasa selesa dengan populariti jenamanya yang terkenal sebagai ramyun nombor satu di Korea.

Pengurus Komersialnya, Foo Siew Kheng berkata, kedudukan itu tidak akan dijadikan sebab utama syarikat untuk leka dan selesa dalam zon stabilnya itu malah malah terus berinovasi sekali gus  mengembangkan cadang perniagaannya untuk jangka panjang.

Syarikat yang menyambut ulang tahun ke-40 itu, melihat kepentingan inovasi penjenamaan adalah penting untuk memenuhi kehendak pelanggan seiring dengan perubahan gaya hidup masing-masing.

Menurut Siew Kheng, bagi merealisasikan misi tersebut, syarikat turut menceburi bidang yang unik, lari daripada transaksi perniagaannya iaitu kepada penajaan program televisyen yang akan dijadikan sebagai strategi pemasaran utama bagi meningkatkan keterlihatan jenama, membina kepercayaan pengguna dan memanfaatkan integrasi pemasaran digital.

Jelasnya, sesuatu jenama menyasarkan program bersesuaian dengan demografi sasaran bertujuan untuk mendapatkan pulangan pelaburan yang lebih berkesan kerana ia tidak lagi terhad kepada iklan komersial.

“Menerusi Big Stage Rocketfuel, Nongshim kini mahu mempamerkan nilai murni dan membina reputasi jenama produk yang positif di mata masyarakat sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara jenama makanan Korea paling berpengaruh di peringkat antarabangsa.

“Perkembangan ini sekali gus mencerminkan kekuatan jenama Nongshim dalam mendekati masyarakat menerusi program televisyen yang bukan sahaja tampil lebih dekat dengan golongan keluarga, malah menawarkan pengalaman menikmati makanan Korea yang autentik, berkualiti premium dan mudah disediakan,” katanya.

Nongshim adalah penaja Big Stage Rocketfuel bagi musim ketujuh program realiti popular yang kini mendapat perhatian penonton. -KOSMO! ONLINE

 

The post Nongshim mahu keluar zon selesa promosikan jenama produk appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved