Nonny Nadirah buka tudung, akui penat bertahun jadi mangsa sihir

29 Dec 2023 • 4:28 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Nonny Nadirah buka tudung

Selepas mengaku buka tudung, pelakon Nonny Nadirah kembali mengundang tanda tanya menerusi hantaran dimuat naik seperti ditujukan kepada seseorang yang didakwa tidak berhenti menganggu kehidupannya sejak tiga tahun lalu sehingga ke hari ini.

Nonny Nadirah buka tudung

Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin meluahkan individu terbabit sering masuk campur dalam urusan peribadinya, baik dari awal permulaannya berhijab sehinggalah kini membuka tudung.

Dedah Nonny, dirinya sudah berdiam diri selama tiga tahun, namun masih lagi diganggu dengan menyifatkan gangguan tersebut lebih ‘hebat’ jika hendak dibandingkan dengan ujian dari-Nya.

“Aku berubah kerana Allah SWT, bertudung, solat, macam-macam kau buat. Ujian mengalahkan ujian Tuhan.
“3 tahun aku diam. Sekarang dah tak bertudung, tiada amalan apa lagi yang kau nak buat?

“Sekatlah sampai mati, aku sudah tidak peduli, Syaitan!,” ujar Nonny menerusi satu hantaran dalam Instagram Story.

image is not available

Dalam pada itu, Nonny turut memberikan amaran keras kepada individu berkenaan agar tidak mempermainkan isu agama.

Dia turut mengaku dirinya tidak gembira sebaik sahaja membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab.

image is not available

Sehingga kini,tidak dapat dipastikan hantaran berkenaan ditujukan kepada siapa, namun Nonny dipercayai meluahkan rasa kesal kepada individu yang menghantar sihir kepadanya.

Bagaimanapun, Nonny merayu agar individu berkenaan berhenti menghantar ‘sihir’ kepada dirinya selain menasihati agar tidak lagi bermain dengan perkara-perkara khurafat.

image is not available

Sebelum ini, Nonny yang juga bekas peserta Akademi Fantasia musim ke-5 pernah berkongsi keadaannya yang berdepan gangguan sihir daripada individu yang dikenalinya beberapa tahun lalu.

Sumber: Instagram @nonnynadirah