Noor Aeiza dilantik Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bank Rakyat

LocalBusiness & Finance
29 Apr 2025 • 7:08 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Noor Aeiza

SHAH ALAM – Bank Rakyat mengumumkan pelantikan Noor Aeiza Hassan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Bank Rakyat yang baharu, berkuat kuasa pada 29 April 2025.

Menurut kenyataan Bank Rakyat, pelantikan itu merupakan sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh fungsi dan peranan yayasan dalam menjaga kebajikan anggota serta masyarakat secara keseluruhan.

“Noor Aeiza merupakan lulusan bidang Sumber Manusia dalam Psikologi dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan memiliki pengalaman lebih 14 tahun di peringkat pengurusan dalam industri komunikasi serta latihan pembangunan keusahawanan,” kata kenyataan tersebut.

Bank Rakyat yakin, dengan pengalaman luas yang dimiliki beliau, Noor Aeiza mampu mengemudi Yayasan Bank Rakyat dengan berkesan.

“Keyakinan ini selaras dengan komitmen Yayasan Bank Rakyat untuk terus membantu masyarakat yang memerlukan, khususnya dalam meningkatkan taraf sosioekonomi melalui pendidikan dan pembangunan modal insan, sejajar dengan konsep Malaysia Madani,” ujar kenyataan itu lagi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved