Noor Azizah Rohingya Rupanya Terima Dana Dari Gerakan Pro-Zion*s Burukkan Malaysia – “Dia Asingkan Diri Dari Komuniti Sendiri”

LocalPolitics
29 Jun 2026 • 1:18 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Tindakan aktivis Rohingya, Noor Azizah menukar tetapan akaun Instagramnya kepada peribadi mencuri perhatian selepas beliau sebelum ini dikecam hebat susulan ucapan kontroversi yang didakwa memburukkan Malaysia.

Profesor Undang-Undang Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Dr Salawati Mat Basir berkata, tindakan itu dilihat sebagai petunjuk bahawa tekanan daripada rakyat Malaysia memberi kesan terhadap aktivis berkenaan.

Advertisement

Azizah rohingya

Menurut Salawati, ramai rakyat Malaysia sebelum ini mengkritik Noor Azizah di media sosial, selain membuat aduan kepada pihak berkaitan termasuk Marie Claire Australia yang menganjurkan acara Marie Claire Women of the Year Awards.

“Kalau kita tengok, selepas dia mengutuk kita, ramai orang menyerangnya di media sosial, termasuk membuat aduan kepada Mary Claire, kerajaan Australia dan platform media sosial yang berkaitan.

“Dia (Noor Azizah) tidak tahan dengan tekanan itu, sebab itulah dia bertindak menjadikan akaun media sosialnya sebagai akaun peribadi. Kalau kita biarkan sahaja, dia akan terus memburukkan Malaysia kerana dia mendapat keuntungan dengan berbuat demikian,” katanya.

Isu berkenaan mula menjadi perhatian selepas ucapan Noor Azizah dalam sebuah acara di Australia mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia.

Susulan itu, netizen mula mengkritik aktivis berkenaan di pelbagai platform media sosial, termasuk menjalankan kempen membuat aduan terhadap akaun media sosialnya.

Anggap Malaysia Mendera Etnik Rohingya, Ucapan Aktivis Rohingya Di Australia Ini Undang Kecaman – “Bangsa Tak Sedar Diri”

Dalam masa sama, Salawati turut mendakwa terdapat kaitan antara Noor Azizah dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan di Malaysia yang didakwa menerima pembiayaan daripada pihak pro-Zionis.

“Sebab itu mereka diberi ruang dan pengiktirafan. Itu adalah taktik yang biasa digunakan. Apabila individu seperti ini diketengahkan, masyarakat antarabangsa akan lebih bersimpati terhadap pelarian Rohingya.

“Semakin tinggi simpati yang diterima, semakin banyak undangan diperoleh dan semakin banyak dana yang diterima,” katanya.

Salawati turut mendakwa Noor Azizah tidak membantu komuniti Rohingya seperti yang sering digambarkan.

“Saya dihubungi oleh komuniti Rohingya di Australia. Mereka mendakwa dia tidak membantu mereka, malah mengasingkan dirinya daripada komuniti Rohingya di sana.

“Jadi, di manakah bantuan yang dikatakan itu? Pada pengetahuan saya, tidak ada,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Salawati turut mengulas tindakan rakyat Malaysia yang membuat aduan kepada University of Sydney selepas klip video ucapan lama Noor Azizah ketika majlis graduasi kembali tular. – Berita Harian

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Anwar ibrahim2026-06-23 08:04:51

"Rohingya Perlu Dihantar Balik Ke Myanmar Dengan Selamat" - PMX

The post Noor Azizah Rohingya Rupanya Terima Dana Dari Gerakan Pro-Zion*s Burukkan Malaysia – “Dia Asingkan Diri Dari Komuniti Sendiri” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved