Noor Nabila Dan Engku Emran Didakwa Sudah Tak Tinggal Sebumbung, Dalam Proses Cerai?

24 Feb 2023 • 10:44 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Status rumah tangga selebriti, Noor Nabila dan Engku Emran Engku Zainal Abidin sudah retak. Biar betul?

Menurut laporan Harian Metro, terdapat sumber yang mengatakan mereka sudah tidak tinggal sebumbung lagi dan dalam proses penceraian.

Status mereka masih tergantung. Apapun doakan saja mereka.

Hubungan mereka dikatakan sudah tidak sehaluan sejak beberapa bukan lalu lagi selepas tiada kelibat gambar ataupun video di media sosial kedua-dua mereka. Ada yang perasan ke?

Tiada kelibat Engku Emran?

Bukan tu jer, hal ini juga berkait dengan laporan sebelum ini dimana kelibat Engku Emean ketika Nabila dan Jebat berangkat untuk menunaikan umrah baru-baru ini langsung tiada.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada perkara ini benar ataupun tidak. Apapun, kita tunggu sajalah kenyataan daripada kedua-dua mereka. Semoga yang baik-baik saja.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.